Saturday, December 12, 2009

MAKHLUK ASING ( E.T )






LONDON – Makhluk asing (ET) seperti pisang, bercakap dengan loght Scandinavia dan objek tidak dikenali (UFO) berbentuk berlian perna dilihat di Britain, laporan sebuah media semalam berdasarkan pendedahan fail sulit kerajaan. Menurut akhbar berkenaan, kes ganjil melibatkan Et dan EFO itu disiasat oleh sabuah jabatan rahasia di kementerian pertahanan iaitu DI55.Semua fail sulit itu boleh diakses di laman web Arkib Kebangsaan yang menyatakan bahwa Britain didatangi banyak UFO sekitar hujung tahun 1980-an dan awal 1990-an.Fail itu turut merekodkan lukisan seorang lelaki di London barat yang melihat ET berbentuk pisang dan memiliki tangan dan kaki seperti manusia pada 16 mei 1989.Selain itu, para penyiasat DI55 turut menyoal seorang wanita di Norwich iaitu bandar kedua terbesar di Britain pada tahun 1989 selepas dia menyatakan dihampiri oleh ET yang bercakap dengan logat Scandinavia dan mendakwa bahwa ia dari planet lain.ET itu menjelaskan bahwa makhluk asing bertanggung jawab melukis bulatan gergasi di ladang-ladang gandum dan diarahkan untuk tidak berhubungan dengan manusia tetapi menyatakan ia melawat bumi dengan niat baik.Wanita itu yang terkejut dengan percakapan ET tersebut melarikan diri ke rumanya tetapi dia dikejutkan dengan bunyi dengung kuat dan berpaling lalu melihat sebuah piring terbang naik ke udara dan hilang daripada pandangannya.

No comments:

Post a Comment